Tuesday, December 21, 2010

Tahun 2011 Masihi / 1432 Hijriah

Kalau tahun lepas, sediakan payung sebelum hujan Bagi tahun mendatang ni, sediakan tangki/perigi sebelum kemarau..

Monday, October 25, 2010

Hari Tempa Senjata

Orang tua-tua dulu dalam memulakan hari berbuat senjata akan memilih hari-hari dan waktu-waktu tertentu termasuk petua nafas dan rasa. Antara hari pilihan adalah 1 Muharam, hari Selasa dan waktu gerhana.

Bercakap pasal hari Selasa, dikhabarkan bahawa besi telah Allah jadikan pada hari Selasa. Itulah kenapa ramai yang berbuat senjata khususnya keris pada hari Selasa. Ada dibuat 7 kali hari selasa dan ada juga 14 kali Selasa.

10 hari pertama Muharam dan 1 Muharam khasnya, juga dijadikan pilihan, sama ada untuk berbuat senjata ataupun untuk 'memandikan' senjata. Ini saya kira sudah ramai yang maklum.

Hmm.. nak dijadikan cerita, bertepatan pula 1 Muharam 1432 yang bakal menjelang nanti jatuh pada hari Selasa.

Kita disuruh berusaha, Allah Taala jua yang menentukan.

Tuesday, October 19, 2010

Kalendar Hijrah vs Masihi

Kenapa ya Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam memperkenalkan kalendar Hijriah dan tidak mengikut sahaja kalendar zaman jahiliyah yang sedia ada? Kenapa kalendar hijriyah dikhaskan kepada Umat Muhammad dan bukan kepada selainnya juga? Kenapa guna kalendar lunar Hijriyah  dan bukannya kalendar solar Masihi (Gregorian)?

Kerana Umat Muhammad adalah umat mistik.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua Umat Muhammad. Amin.Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, September 29, 2010

Tahun 2011

Tinggal lagi 3 bulan sebelum tahun 2011 menjelang. Boleh la nak mula buat tangki air ataupun gali perigi dari sekarang.

Sunday, September 26, 2010

10.10.10

Hmm.. Ramai yang memilih tarikh 10.10.10 untuk berkahwin atas kecantikan dan kepercayaan masing-masing ke atas tarikh tersebut. Bagi hamba, tarikh itu tarikh baik untuk akad nikah. Teruskan.

Kalau nak tarikh yang terlebih baik yang terdekat dengan tarikh ini adalah 20.10.2010, hari Rabu, antara jam 9 pagi- 1 petang, InsyaAllah. Susunan tarikh masihi cantik, tarikh hijriah pun cantik..

Friday, September 24, 2010

Khidmat Percuma

Hamba sedia melayan persoalan saudara-saudari berkenaan waktu yang terlebih baik bagi perkara-perkara di bawah, dipersilakan.. tanpa apa-apa bayaran.

Akad Nikah
Membuat Rumah
Bercucuk Tanam
Bersalin C-Sec dan Induced
Menuntut Ilmu Kerohanian
Berjumpa orang atasan atau orang-orang besar
Berniaga

Maklumkan sama ada saudara-saudari  mahukan waktu terdekat atau dalam tempoh tertentu. InsyaAllah kita sama-sama usahakan..

Demi Masa

Ketahuilah oleh mu wahai saudara-saudaraku bahawasanya dalam tiap malam, siang, hari, bulan, tahun, dekad, abad dan kurun itu ada waktunya dibukakan Allah Ta'ala pintu-pintu RahmatNya.  Kerugianlah mereka yang gagal mengambil faedah daripada RahmatNya..

Thursday, September 23, 2010

Assalamualaikum

Salam perkenalan dari hamba yang fakir ini.

Tiadalah bagi hamba nahas atau sial bagi sesuatu perkara melainkan yang terlebih baik bagi sesuatu perkara itu, biizniLLAH.