Monday, October 25, 2010

Hari Tempa Senjata

Orang tua-tua dulu dalam memulakan hari berbuat senjata akan memilih hari-hari dan waktu-waktu tertentu termasuk petua nafas dan rasa. Antara hari pilihan adalah 1 Muharam, hari Selasa dan waktu gerhana.

Bercakap pasal hari Selasa, dikhabarkan bahawa besi telah Allah jadikan pada hari Selasa. Itulah kenapa ramai yang berbuat senjata khususnya keris pada hari Selasa. Ada dibuat 7 kali hari selasa dan ada juga 14 kali Selasa.

10 hari pertama Muharam dan 1 Muharam khasnya, juga dijadikan pilihan, sama ada untuk berbuat senjata ataupun untuk 'memandikan' senjata. Ini saya kira sudah ramai yang maklum.

Hmm.. nak dijadikan cerita, bertepatan pula 1 Muharam 1432 yang bakal menjelang nanti jatuh pada hari Selasa.

Kita disuruh berusaha, Allah Taala jua yang menentukan.